DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
Program ini memberi pengetahuan dan kemahiran dalam merekabentuk, menganalisa dan melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan disiplin teknologi maklumat. Melalui proses pembelajaran dalam bidang pengaturcaraan, komunikasi data, sistem pengurusan maklumat, pangkalan data dan sistem berorientasikan web, graduan didedahkan untuk mempunyai keupayaan sebagai profesional di dalam bidang teknologi maklumat.
Di samping itu, kursus ini turut menyemai kemahiran dan etika kerja berpasukan serta mengaplikasikan komunikasi berkesan dalam pelbagai peringkat di dalam memenuhi keperluan organisasi.
SYARAT KEMASUKAN
- LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan minimum TIGA (3) KREDIT termasuk MATEMATIK; ATAU
- Lulus sijil dalam bidang berkaitan yang telah mendapat standard minimum dari mana-mana IPTS; ATAU
- Lulus sijil dalam bidang berkaitan dari mana-mana IPTA ATAU
- IPTL yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; ATAU
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
PROSPEK KERJAYA
- Penolong Penyiasat Forensik Komputer
- Pengaturcara Perisian
- Juruaudit Keselamatan Komputer
- Pereka Program Keselamatan Komputer
- Kakitangan Sokongan Teknikal Sistem
- Penolong Pegawai Keselamatan Aplikasi
Permohonan Atas talian (online)
PROGRAM LAIN YANG DITAWARKAN