SEKOLAH PENGURUSAN HOTEL DAN PELANCONGAN
Sekolah Pengurusan Hotel dan Pelancongan (SHTM) ditubuhkan untuk melahirkan tenaga kerja profesional dalam bidang perhotelan, kulinari dan pelancongan sesuai dengan prospek kerjaya masa depan. Tujuannya adalah untuk menyampaikan pengetahuan yang sesuai dan mempersiapkan para pelajar dengan asas yang kukuh dalam teknik operasi dan pengurusan agar dapat menyumbang pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang yang berkaitan dan untuk memenuhi permintaan industri perhotelan.